Khamis, 5 November 2009

Bangla dan Rumah Hantu

Seorang pemuda Bangla ditangkap di-tempat funfair di ibu kota dan di-hadapkan di-mahkamah atas tuduhan meramas tetek pengunjung rumah hantu dan di-bicarakan:-
Hakim: Kamu Hamid Gulam di-tuduh bersalah meramas tetek wanita ditempat kerja kamu. “mengaku salah atau tidak?”
Lalu Bangla menjawab tidak mengaku bersalah.
Hakim bertanya mengapa tak bersalah? Si bangla menjawab itu memang tugas nya di-rumah hantu.
Lalu Hakim bertanya apa tugas kamu? Bangla menjawab “Sebagai hantu tetek tuan!” Hakim tertawa…kah! kah! kah!

Khamis, 8 Oktober 2009

Asal Nama Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Khamis, 1 Oktober 2009

Malam Pengantin

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"

Rabu, 23 September 2009

Suatu hari di KLCC

Satu hari ketika baru saja tiba dr kuantan, aku singgah sekejap di KlCC.Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai,tiba-tiba perut aku terasa memulas.Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level satu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya. Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah "Haa,camna sekarang ?" Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.Ntah camna, akhirnya aku balas juga "Ok gak ler" Kemudian suara tu bertanya lagi "Ko nak gi mana ni??" Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata "Aku nak balik, singgah sini nak beli brg sikit" Lepas suara tu bertanya lagi "Bila ko nak gerak ni??" Aku selamba jer kata. 'Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la". Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata "Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!! Moral: jangan menyampuk time orang bercakap...

Khamis, 17 September 2009

Luahan Hati SI Suami

romantik Pictures, Images and Photos


Pasha adalah seorang isteri yang terlalu cemburu kerana Jejai iaitu suaminya lebih banyak habiskan masa untuk menjaga kereta daripada mejaganya, malah duit yang dibelanjakan untuk kereta lebih banyak daripada untuknya sebagai isteri. Kerana sudah tidak tahan Pasha bersemuka dengan Jejai untuk mendapatkan penjelasa.

Pasha : “Apa kelebihan kereta abang Jejai itu, sampai Abang Jejai lebih memberikan perhatian kepadanya berbanding saya.”

Jejai : “Kerana, setiap kali aku melihat keretaku, aku merasakan kebahagiaan, dari luaran dan dalaman kelihatan begitu indah.”

Pasha : “Aku pun boleh”

Jejai : “Keretaku selalu melayan aku, seperti aku menjaganya”

Pasha : “Kalau kau menjaga aku dengan baik, aku juga akan menjaga kamu dengan baik..”

Jejai : “Ketika aku sedang gundah, aku pergi berjalan-jalan dengan keretaku, seakan-akan masalahku akan berkurang.”

Pasha : “Aku rasa, akupun boleh berusaha menjadi isteri yang seperti itu.”

Jejai : “Ya mungkin kau boleh lakukan semua tu, tapi ada satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh keretaku, tapi kau selalu melakukannya.”

Pasha : “Apa tu?”

Jejai : “keretaku tidak pernah mengeluh”

Selasa, 15 September 2009

Berhubung Isu Terkini( Lawak )



Walaupun wabak selsema babi sedang merebak, kaum bapa masih juga membawa isteri dan anak anak keluar besiar-siar di khalayak ramai. Kajian menunjukkan ramai kaum bapa tidak takut dan ambil peduli kepada H1N1 ini sebaliknya mereka lebih takut kepada B1N1.

Isnin, 14 September 2009

Cinta Tiga Segi versi kelakar seram ( www.Aku-Sempoi.blogspot.com )



Ayat-ayat Cinta Sekrang

Walau lautan api, aku akan naik bot untuk rentasnye, ye la, takkan gile nak berenang kan. Walau setinggi gunung, aku sewa helikopter , ye la, nak daki mane larat. Walau duit antaran rm